Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Katedral Notre-Dame Paris bakal dibuka semula pada 8 Disember

    PARIS, 28 MAC – Katedral Notre-Dame Paris, yang musnah akibat kebakaran pada 2019, bakal dibuka semula tepat pada masanya pada 8 Disember, kata ketua projek pembinaan semula kelmarin.

    “Kami memenuhi tempoh diberikan dan belanjawan,” kata Philippe Jost, yang mengetuai badan awam yang menyelia projek itu kepada jawatankuasa Senat Perancis.

    Kebakaran di katedral yang disenaraikan oleh UNESCO, yang pernah menyambut 12 juta pengunjung setahun, telah menggemparkan dunia pada 15 April 2019.

    Jost memuji kerja 250 syarikat dan kumpulan seniman yang terlibat dalam pembinaan semula itu, yang bermula pada musim bunga 2022 selepas runtuhannya dibersihkan dan asasnya dikuatkan dengan kos 150 juta euro.

    Beliau berkata bajet untuk fasa pembinaan semula dijangka kekal di bawah 550 juta euro yang dirancang, dengan baki 150 juta lagi tidak dibelanjakan daripada jumlah dana derma yang besar selepas kebakaran.

    Baki tersebut akan digunakan untuk pemulihan bahagian luar batu katedral yang akan dijalankan mulai 2025, kata Jost. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...