Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Kebakaran Maldives ragut 9 jiwa warga India

    NEW DELHI, 10 NOV – Sembilan daripada 10 mangsa yang terbunuh dalam kejadian kebakaran di Maldives hari ini disahkan warganegara India.

    “Kami amat sedih dengan insiden kebakaran di Male yang hingga mengorbankan nyawa, termasuk beberapa warga India.

    “Kami sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Maldives,” menurut Suruhanjaya Tinggi India.

    Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Maldives (NDMA) memaklumkan pihaknya telah menyediakan pusat pemindahan sementara di Stadium Maafannu untuk mereka yang terjejas dan hilang tempat tinggal akibat kebakaran.

    “Persiapan sedang dibuat bagi menyalurkan bantuan dan sokongan,” menurut NDMA menerusi ciapan di Twitter.

    Kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah bengkel hingga mengorbankan sembilan pekerja India dan seorang warga Bangladesh, menurut laporan media. “Terkejut mendengar berita mengenai 10 ekspatriat maut dalam kebakaran di Male.

    “Takziah saya ucapkan…,” kata Speaker Parlimen yang juga bekas presiden Mohamed Nasheed. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...