Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kebuluran dikatakan akan berlaku di utara Gaza

    RAFAH, 19 MAC – Kebuluran akan berlaku di utara Gaza, di mana 70 peratus orang mengalami kelaparan yang teruk, menurut laporan kelmarin yang memberi amaran peningkatan perang boleh mendorong separuh daripada jumlah penduduk Gaza ke ambang kebuluran.

    Laporan itu, oleh pihak berkuasa masyarakat antarabangsa dalam menentukan tahap keterukan krisis kelaparan, datang ketika Israel menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada sekutu terdekatnya untuk menyelaraskan kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza dan membuka lebih banyak lintasan darat.

    Kumpulan bantuan mengadu bahawa penghantaran melalui udara dan laut oleh Amerika Syarikat dan negara lain adalah terlalu lambat dan terlalu kecil.

    Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah berkata kebuluran yang akan berlaku adalah sepenuhnya buatan manusia kerana kebuluran digunakan sebagai senjata perang.

    Tentera rejim Israel, sementara itu, melancarkan satu lagi serbuan ke atas hospital terbesar di Semenanjung Gaza pada awal kelmarin, mengatakan pejuang Hamas telah berkumpul semula di sana dan menembak mereka dari dalam perkarangan Hospital Shifa.

    Pertempuran berterusan sepanjang hari di dalam dan sekitar hospital, di mana pegawai Palestin berkata berpuluh-puluh ribu orang telah berlindung.

    Tentera rejim Israel berkata, tentera membunuh 20 orang yang dikenal pasti sebagai pejuang Hamas, dan seorang daripada tenteranya sendiri terbunuh, walaupun pengecaman mereka yang mati sebagai pejuang tidak dapat disahkan.

    Antara yang terbunuh ialah seorang komander kanan dalam pasukan polis pimpinan Hamas Gaza yang menurut Israel bersembunyi di hospital. Pegawai Gaza berkata komander sedang menyelaras perlindungan konvoi bantuan.

    Tentera rejim terakhir menyerbu Hospital Shifa pada November selepas mendakwa Hamas mengekalkan pusat arahan yang rumit di dalam dan di bawah kemudahan itu.

    Tentera rejim itu mendedahkan terowong menuju ke beberapa bilik bawah tanah, serta senjata yang dikatakan ditemui di dalam hospital. Tetapi bukti tidak sesuai dengan tuntutan terdahulu, dan pengkritik menuduh tentera rejim itu secara melulu membahayakan nyawa orang awam. – AP

    Penduduk Palestin beratur untuk menerima makanan percuma di kem pelarian Jabalia di Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...