Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Ketua Pembangkang Singapura didakwa 2 tuduhan berbohong kepada parlimen

    SINGAPURA, 19 MAC – Ketua Pembangkang, Pritam Singh didakwa di mahkamah pada hari ini atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen, dua tahun selepas polis membuka siasatan berhubung keterangannya di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, lapor Straits Times (ST).

    Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) itu yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 31(q) Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa) dan memohon dibicarakan.

    Beliau memohon penangguhan selama empat minggu untuk melantik peguam.

    Kesnya akan didengar dalam sidang praperbicaraan pada 17 April.

    Singh boleh dikenakan denda maksimum S$7,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

    Pertuduhan itu berkaitan keterangannya di hadapan jawatankuasa itu, yang telah bersidang pada November 2021 untuk meneliti kontroversi melibatkan bekas Ahli Parlimen partinya, Raeesah Khan.

    Jawatankuasa itu memanggil Singh sebagai saksi dan mendapati dia tidak jujur semasa perbicaraan ketika dalam sumpah dan mencadangkan dia dirujuk kepada pendakwa raya bagi siasatan lanjut untuk pertimbangkan prosiding jenayah, yang kemudiannya disokong oleh Parlimen.

    Sementara itu, Singh dalam hantaran di Facebooknya kemudian berkata beliau akan meneruskan semua tugas Parlimen dan tanggungjawab Majlis Perbandaran sehingga proses undang-undang selesai. – Bernama

    Pritam Singh berada di bawah siasatan polis berhubung kontroversi yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Raeesah Khan berbohong di Parlimen. – Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...