Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kemenangan julung kali Switzerland

    GLASGOW, 14 NOV – Switzerland memberi peminat tenis yang bersedih di atas persaraan Roger Federer sesuatu untuk diraikan selepas pasukan wanita negara itu berjaya menewaskan Australia di Glasgow kelmarin untuk merangkul kejuaraan Piala Billie Jean King buat julung kalinya.

    Dua bulan selepas Federer, salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, mengucapkan selamat tinggal kepada dunia tenis di London, rakan senegaranya Belinda Bencic dan Jil Teichmann masing-masing menang dalam acara perseorangan ke atas Australia dalam pertandingan yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Federasi.

    Ini merupakan kemunculan ketiga Switzerland dalam aksi final. Pada tahun lepas, mereka tewas kepada pasukan Rusia yang kini diharamkan dan juga mendapat tempat kedua semasa Martina Hingis menjadi tunjang utama pasukan dalam kejohanan pada tahun 1998.

    Sementara itu, bagi Australia, ia menandakan satu lagi kekecewaan. Sejak menang pada tahun 1974, mereka kini telah muncul di aksi final sebanyak 10 kali, setiap satunya berakhir dengan kekalahan. “Saya sangat berbangga dengan pasukan saya. Kami curahkan segala usaha dan tenaga di sepanjang minggu ini.

    “Namun tabik kepada pasukan Switzerland – ia satu permainan tenis yang sempurna daripada Belinda,” kata kapten Australia, Alicia Molik. – AFP

    Pemain Switzerland, Simona Waltert, Viktorija Golubic, Jil Teichmann dan Belinda Bencic, (dari kiri) bersama kapten pasukan, Heinz Guenthardt, (tengah) meraikan kemenangan selepas menewaskan Australia dalam aksi final kejohanan tenis Piala Billie Jean King di Arena Emirates, Glasgow, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...