Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Keputusan Zii Jia jalani latihan pusat di tangan BAM

    KUALA LUMPUR, 12 APRIL – Keputusan akhir untuk memanggil jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menjalani latihan pusat menjelang Piala Thomas 2022 dalam masa terdekat ini akan diputuskan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

    Jurulatih perseorangan lelaki Malaysia, Hendrawan percaya BAM akan membuat pengumuman lanjut berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi sebagai persediaan menghadapi kejohanan berprestij itu yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 8-15 Mei ini.

    “Saya dengar ada (Zii Jia dipanggil sertai latihan pusat), namun maklumat akhir BAM yang akan umumkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini hari ini. Zii Jia yang memilih haluan profesional kini menjalani latihan secara sendiri selepas meninggalkan BAM sejak Januari lepas.

    Hendrawan dalam pada itu berharap Malaysia yang diundi bersama Jepun, England dan New Zealand dapat menjuarai Kumpulan D sekali gus mempunyai peluang lebih cerah di peringkat kalah mati.

    “Kita akan fokus serta berusaha mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat kumpulan buat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...