Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    KHEDN hargai jasa pesara

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah meraikan seramai 370 orang pegawai dan kakitangannya yang telah bersara pada 2019, 2020 dan 2021, kelmarin.

    Majlis penyampaian sijil persaraan dan penghargaan itu berlangsung di Dewan Banquet, Dewan Majlis Mesyuarat Negara di mana hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa majlis berkenaan bertujuan sebagai penghargaan, kenangan dan penghormatan atas sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan.

    “Segala ilmu, pengalaman dan kenangan di sepanjang perkhidmatan para pesara sekalian akan dapat terus digunakan dan dijadikan panduan berguna di dalam menempuhi kehidupan di dalam fasa persaraan ini,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pesara. – Gambar oleh Azlan Othman
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...