Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Kim nekad enggan serahkan senjata nuklear

    SEOUL, 9 SEPT – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menekankan negaranya tidak akan melepaskan senjata nuklearnya jika diperlukan bagi membalas Amerika Syarikat (AS), yang didakwanya mendesak untuk melemahkan pertahanan Korea Utara dan akhirnya meruntuhkan kerajaan, menurut media negara hari ini.

    Kim menyatakan perkara tersebut semasa ucapan di parlimen, di mana penggubal undang-undang meluluskan usul kerajaan untuk menggunakan senjata nuklear, yang disifatkan oleh Kim sebagai langkah pengukuhan status nuklear negara dan memberitahu dengan jelas senjatanya tidak dapat ditawar-menawar.

    Undang-undang negara itu menyatakan syarat di mana Korea Utara akan terpaksa menggunakan senjata nuklearnya, termasuk apabila ia memutuskan bahawa kepimpinannya berdepan serangan ‘nuklear atau bukan nuklear oleh negara luar’.

    Undang-undang mensyaratkan tentera Korea Utara untuk ‘secara automatik’ melancarkan serangan nuklear ke atas tentera musuh jika kepimpinan Pyongyang diserang.

    Undang-undang turut menyatakan bahawa negara itu boleh menggunakan senjata nuklear untuk menghalang ‘krisis malapetaka’ ke atas kerajaan dan rakyatnya yang tidak dinyatakan secara khusus.

    Kim membuat ancaman provokasi konflik nuklear terhadap AS dan sekutunya di Asia, dan memberi amaran bahawa negaranya akan secara proaktif menggunakan senjata nuklear apabila diancam.

    Kenyataan terakhirnya menekankan ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu ketika dia mempercepatkan perkembangan senjata nuklear dan program misilnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...