Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    KKBS sambut awal tahun Hijrah 1444

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai olah Jurutulis Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Alomsa Nor Adzmin bin Haji Ali Omar dan diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah An-Nisa dari ayat 97 hingga ayat 100, yang dibacakan oleh Kurator Sejarah PSB, Awang Mohamad Hazim bin Haji Hashim dan sari tilawah oleh Awang Muhamad Alif bin Abdul Hafiz Din @ Sharul Nizam bin Deli.

    Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengetua PSB, Awang Hanafi bin Haji Salleh, selaku pengerusi majlis.

    Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah ini juga merupakan acara keagamaan tahunan KKBS dan jabatan-jabatan dibawahnya bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah SWT serta mengingati mengenai hijrah Rasulullah  SAW.

    Majlis turut diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Belia Menangani Hijrah Rasulullah’ yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Ahmad Faris Rahmadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin. Majlis diselajurkan dengan Dikir Marhaban bagi pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya yang kembali dari menunaikan fardu haji tahun ini.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Memohon Perlindungan dari Wabak COVID-19 oleh Awang Alomsa Nor Adzmin dan Selawat Tafrijjyah dan Sayyidul Istighfar sebagai penutup majlis.

    Turut hadir ke majlis tersebut setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap serta pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa meraikan kakitangan KKBS yang kembali dari menunaikan fardu haji pada Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...