Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Konsert Mirror berakhir dengan tragedi

    Sebuah skrin besar tiba-tiba terjatuh ketika kumpulan popular Mirror sedang membuat persembahan di Hong Kong Coliseum.

    Kejadian tersebut menyebabkan dua orang penari di atas pentas mengalami kecederaan dan konsert yang sepatutnya berlangsung sehingga 6 Ogos ini terpaksa ditangguhkan.

    Menurut laporan, dua orang penari lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong dan salah seorangnya mengalami kecederaan teruk di bahagian leher.

    Manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

    Insiden yang berlaku turut menarik perhatian pihak pemerintah yang mengarahkan penangguhan konsert Mirror sehingga struktur pentas berkenaan telah disahkan benar-benar selamat.

    Dalam masa sama, lebih 10,000 peminat juga telah menandatangani petisyen meminta pihak penganjur untuk memberi perhatian lebih kepada tahap keselamatan memandangkan kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku.

    Baru-baru ini, salah seorang anggota Mirror iaitu Frankie Chan terjatuh apabila laluan dia berjalan dilihat bergoyang dan tidak kukuh selain pencahayaan yang malap di atas pentas. – Agensi

    Konsert Mirror ditangguhkan atas faktor keselamatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...