Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kuliah kongsi ilmu hadis & fiqah

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan UNISSA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Lebih kurang 100 orang mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berpeluang mendengarkan perkongsian ilmu daripada Presiden Al-Furqan Association for Quran Services of Yemen, Dr Mubarak Saeed Kaseor semasa Kuliah Umum dan Ijazah Sanad Hadis, baru-baru ini.

    Beliau merupakan salah seorang jemputan khas yang diundang semasa Hafl Al-Takharruj ke-12 UNISSA yang berlangsung pada 29 Ogos lalu.

    Kuliah bertajuk ‘Hubungan antara Ilmu Hadis dan Fiqh serta Kepentingannya kepada Pelajar’ memberi penekanan terhadap hubung kait kedua-dua ilmu berkenaan dalam penentuan hukum hakam agama Islam berasaskan sunnah Nabi SAW.

    Antara tujuan majlis anjuran Fakulti dan Badan Pelajar Usuluddin (BadrU), UNISSA yang berlangsung di Surau Al-Syafi’i, UNISSA itu adalah bagi mengambil manfaat dalam perkongsian ilmu daripada tetamu luar negara yang telah menghadiri Hafl Al-Takharruj UNISSA.

    Turut hadir ialah Dekan Fakulti Usuluddin, Dr Hajah Sri Rahayu @ Hajah Nur Janah binti Haji Dollah, dan Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Dr Shayuthy bin Abdul Manas, serta para tenaga akademik dari Fakulti Usuluddin dan Syariah, di samping Penolong Profesor di Fakulti Usuluddin, Dr Ahmad Baha bin Mokhtar, selaku mo-derator sesi kuliah tersebut.

    Dr Mubarak Saeed Kaseor semasa berkongsi ilmu pada kuliah yang diadakan baru-baru ini.
    Antara pelajar yang hadir pada kuliah tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...