Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kurt Zouma mengaku bersalah

    LONDON, 24 MEI – Pemain pertahanan West Ham, Kurt Zouma mengakui menendang dan memukul kucing peliharaannya ketika dia hadir di mahkamah di London hari ini.

    Pemain antarabangsa Perancis itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Kebajikan Haiwan di Mahkamah Majistret Thames di timur London.

    Zouma, 27, terpaksa memohon maaf selepas insiden yang mengerikan dirakam dan dikongsi oleh adiknya Yoan, 24, yang mengaku melakukan satu kesalahan semasa perbicaraan.

    Mahkamah diberitahu tentang rakaman insiden yang mengganggu, dirakam di rumah Zouma dan disiarkan di Snapchat oleh adiknya pada 6 Februari.

    Zouma dilihat menendang kucing Bengal itu di dapurnya, sebelum membaling sepasang kasut ke arah kucing itu dan memukul kepalanya.

    Pendakwaraya Hazel Stevens memberitahu mahkamah bahawa Kurt Zouma boleh didengar melalui rakaman itu berkata: “Saya bersumpah saya akan membunuhnya, saya bersumpah saya akan membunuhnya.”

    Dia mengakui dua pertuduhan atas menyebabkan penderitaan kepada haiwan yang dilindungi pada 6 Februari lalu.

    Yoan pula mengakui satu pertuduhan membantu, bersubahat, menggalakkan atau menyebabkan abangnya untuk melakukan kesalahan. – AFP

    Pemain pertahanan West Ham, Kurt Zouma mengaku atas dua pertuduhan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...