Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ladang sawit perlu penuhi piawaian MSPO 2022

    KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Ladang sawit dan kemudahan pemprosesan minyak sawit perlu mematuhi piawaian baharu Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2022, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

    Beliau berkata mulai 1 Januari 2024, pemegang sijil MSPO akan diaudit semula berdasarkan piawaian MSPO 2022 yang dipertingkatkan.

    Sehingga 31 Mac 2022, 97.33 peratus yang terdiri daripada ladang sawit dan pekebun kecil Malaysia serta 453 daripada keseluruhan 464 kilang sawit berlesen di negara ini telah menerima pensijilan MSPO.

    “MSPO 2022 menggabungkan keperluan kemampanan semasa bertujuan mendapatkan pengiktirafan daripada negara pengimport minyak sawit dengan menambah baik amalan kemampanan. Ini selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...