Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Laksana proses pindah milik tanah sebelum naik taraf sekolah

    KOTA BELUD, 15 Ogos – Proses memindah milik tanah sekolah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menaik taraf atau membina baharu bangunan sekolah daif, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

    Beliau berkata ini merupakan langkah penting kerana proses pemilikan tanah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak sekolah daif di seluruh negara khususnya di Sabah tergendala dan tidak dapat diteruskan.

    “Bagi memastikan projek membina baharu atau menaik taraf infrastruktur sekolah itu berjalan lancar kita perlu selesaikan masalah tanah dahulu, sebagai contoh terdapat beberapa sekolah di Sabah menghadapi masalah seperti itu…tender projek dan kontraktor sudah ada namun projek tergendala disebabkan tanah.

    “Kita tidak mahu masalah ini berlaku lagi kerana ia akan merugikan kerajaan dan sekolah berkenaan pula lambat untuk dinaik taraf atau sebagainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kukut dan SK Sarang dekat sini, hari ini.

    Mohd Radzi berkata projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, yang sebelum ini tergendala kerana masalah pemilikan tanah, kini telah dilaksanakan. – Bernama

    Datuk Dr Radzi Jidin (kanan) bertanya sesuatu dengan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kukut sempena perasmian bangunan baharu SK Ulu Kukut dan SK Sarang kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...