Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lo Celso sertai Villarreal secara pinjaman

    LONDON, 15 OGOS – Pemain tengah Tottenham Giovani Lo Celso telah menyertai pasukan Sepanyol Villarreal sebagai pinjaman untuk musim ini.

    Lo Celso menghabiskan separuh musim kedua sebagai pemain pinjaman di Villarreal dan telah kembali selepas gagal memenangi satu tempat dalam skuad kendalian Antonio Conte pada awal kempen Liga Perdana baharu.

    Tottenham telah memasukkan satu klausa dalam perjanjian pinjaman yang membenarkan mereka mendengar kepada tawaran tetap untuk Lo Celso sekiranya mereka ingin menjual pemain berusia 26 tahun itu pada Januari.

    Lo Celso menyertai Tottenham dari Real Betis pada 2019 dan telah mencatat 84 penampilan untuk kelab utara London.

    Pemain antarabangsa Argentina itu beraksi 22 kali untuk pasukan Villarreal pada penggal lalu, membantu pasukan Unai Emery memasuki pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara. – AFP

    Lo Celso telah menyertai pasukan Villarreal sebagai pinjaman untuk musim ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...