Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Laudya Cynthia Bella tidak mahu bercinta lagi

    Selepas melalui fasa kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon Laudya Cynthia Bella memberitahu dia tidak mahu lagi menjalani proses bercinta dengan mana-mana lelaki.

    Menurut Laudya dia lebih memilih seseorang yang betul-betul boleh dijadikan sebagai suami.

    “Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti sepasangan kekasih.

    “Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini.

    “Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun.

    “Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan,” ujar Bella.

    Laudya sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.

    Bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020. – Agensi

    Laudya Cynthia Bella memberitahu dia tidak mahu lagi menjalani proses bercinta dengan mana-mana lelaki. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...