Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Lebih 30 mayat ditemui reput

    JEFFERSONVILLE, INDIANA, 4 JULAI – Polis telah menjalankan siasatan selepas menemui lebih 30 mayat yang antaranya mulai mereput di sebuah rumah pengebumian di selatan Indiana.

    Pihak polis yang bertugas di sub Bandar Louisville, Jeffersonville melakukan rondaan ke Rumah Pengebumian Lankford dan Pusat Keluarga, baru-baru ini dan menemukan 31 mayat, termasuk dengan beberapa jasad yang sudah mulai mereput, menurut Mejar Isaac Parker.

    Beliau berkata pejabat koroner daerah membuat laporan mengenai bau yang sangat kuat dari sebuah bangunan. Para pegawai memakai pakaian hazmat semasa memasuki bangunan tersebut dan menemui mayat-mayat ruang berlainan di seluruh bangunan tersbeut.

    Sebahagian daripada tubuh yang dijumpai telah berada di rumah pengebumian tersebut sejak Mac lalu, menurut Parker. Pihak polis juga menemukan 16 mayat yang telah dibakar.

    “Ia adaalah satu kejadian yang mengerikan,” kata Parker. “Ia tidak berada dalam keadaan yang baik.”

    Pemilik rumah pengebumian disoal siasat oleh polis sejak Jumaat lalu, menurut Parker, dan penyiasatan masih lagi dijalankan. Sementara itu, pemilik rumah pengebumian tidak menjawab e-mel Associated Press (AP) dengan serta-merta semasa ditanya, kelmarin.

    Selain itu, mayat-mayat juga dibawa ke Pejabat Koroner Daerah Clark bagi proses pengecaman dan polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya untuk menghubungi pejabat koroner.

    Seorang wanita menghantar mayat adik lekakinya ke rumah pengebumian tersebut untuk dibakar selepas dia meninggal dunia pada April lalu, memberitahu pihak WHAS-TV bahawa dia masih lagi menantikan abu adiknya itu. Tara Owen berkata apabila dia cuba menghubungi pengarah pengebumian, dia mengatakan bahawa dia sibuk ketika itu. – AP

    Rumah Pengebumian Lankford dan Pusat Keluarga di Jeffersonville, Indiana yang dikesan mengandungi mayat-mayat reput. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...