Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Lelaki dalam longkang bukan cari telefon hilang – Polis

    SYDNEY, 27 MAC – Polis Australia hari ini berkata seorang lelaki yang menghabiskan lebih 30 jam terperangkap dalam longkang Brisbane sebenarnya sedang bersembunyi daripada mereka, bukannya cuba mencari telefon bimbit yang hilang seperti yang didakwanya sebelum itu.

    Lelaki itu dikatakan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan polis pada awal pagi Ahad.

    Seorang jurucakap dari Perkhidmatan Polis Queensland ‘mendakwa bahawa sekitar 4:20 pagi’ kereta Ford Falcon milik lelaki itu ‘berundur dan terlanggar’ sebuah kenderaan seorang pegawai, ‘menyebabkan kerosakan yang ketara’.

    ‘Kereta Ford yang rosak itu kemudian meninggalkan kawasan tersebut’ sebelum terlibat dalam satu lagi kemalangan, di mana penumpangnya melarikan diri dengan berjalan kaki.

    Ketika itulah lelaki berusia 38 tahun itu didakwa masuk ke dalam longkang untuk mencari tempat persembunyian.

    Lelaki yang terperangkap itu pada mulanya dilihat oleh seorang pejalan kaki pada Ahad dan menolak tawaran bantuan, sambil berkata ‘tidak bro, saya baik-baik saja’, dan menambah bahawa dia sedang mencari telefon yang hilang.

    Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke tempat kejadian pada Isnin apabila seorang penduduk terdengar bunyi nafas berat dari longkang.

    “Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui sekitar pukul 11 pagi,” kata polis. – AFP

    Polis Australia kini percaya lelaki yang menghabiskan 36 jam di longkang Brisbane benar-benar bersembunyi daripada undang-undang dan bukannya cuba mendapatkan telefon yang terjatuh seperti yang didakwanya sebelum ini. — AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...