Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Iran bebaskan 18 kru kapal warga Filipina

    MANILA, 27 MAC – Filipina hari ini berkata Iran telah membebaskan kesemua 18 kru Filipina yang bekerja dengan sebuah kapal tangki minyak yang dirampas di Teluk Oman pada Januari lalu.

    Tentera laut Iran telah menaiki kapal St Nikolas milik Greece, yang membawa 19 anak kapal, di luar pantai Oman. Satu-satunya anak kapal Greece dibebaskan pada minggu berikutnya.

    Tehran mula membebaskan kru Filipina secara berkelompok pada penghujung Januari selepas kru pengganti diupah dari Rusia dan negara lain, kata Timbalan Setiausaha Luar Filipina, Eduardo de Vega kepada AFP.

    “Mereka bukan tebusan… tetapi mereka tidak dibenarkan pergi tanpa pengganti,” kata de Vega mengenai anak kapal Filipina.

    Anak kapal Filipina terakhir pulang ke Manila minggu lalu, tambahnya.

    Kapal berbendera Kepulauan Marshall itu membawa 145,000 tan minyak dari Iraq dan menuju ke Turkiye ketika ia dirampas. Ia telah berlabuh di sekitar pelabuhan Iran di Bandar Abbas. Media negara Iran berkata rampasan itu adalah sebagai tindakan balas terhadap ‘kecurian’ minyak Iran oleh Amerika Syarikat dari kapal tangki yang sama, pada masa itu bernama Suez Rajan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...