Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Lelaki jatuh dari belon udara panas

    MELBOURNE, 18 MAC — Seorang lelaki maut akibat terjatuh dari belon udara panas ketika melintasi pinggir bandar Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia.

    Belon udara panas itu berlepas dari pinggir bandar utara Melbourne pada awal pagi dan berada di udara selama kira-kira 30 minit sebelum lelaki itu terjatuh dari bakulnya.

    Mayatnya ditemui di kawasan perumahan yang ditutup kepada lalu lintas oleh polis Victoria. Belon itu selamat mendarat beberapa batu dari tempat mayat lelaki itu ditemui.

    Polis berkata ia akan menyediakan laporan untuk koroner dan kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan. Polis juga sedang bercakap dengan juruterbang belon itu, penghuni lain dan saksi kejadian.

    Pegawai polis berjalan melepasi treler dengan bakul belon udara panas di atasnya di Taman Yarra Bend di Melbourne kelmarin. – AP

    Industri Belon Udara Panas Komersial Kebangsaan dan Persekutuan Belon Australia mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan lelaki itu.

    “Bakul belon udara panas direka bentuk dengan mengambil kira keselamatan, khususnya untuk mengelakkan penumpang daripada terjatuh atau terkeluar dari bakul secara tidak sengaja,” diterangkan dalam kenyataan bertulis mereka.

    “Penumpang dan juruterbang dilaporkan mengalami trauma dengan tragedi ini dan pengendali sedang mengatur sokongan psikologi dan kaunseling untuk semua yang terkesan,” tambahnya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...