Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lelaki Myanmar maut dibunuh rakan senegara

    BUKIT MERTAJAM, 2 FEB – Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati berlumuran darah dipercayai dibunuh rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di kawasan belakang sebuah hotel di Seberang Jaya di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 40an itu kira-kira 2:45 petang dan sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian menemukan mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan terbaring.

    “Pemeriksaan awal mendapati mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan berlumuran darah di kepala.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh rakan senegaranya ketika mereka bergaduh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Shafee berkata susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an yang dipercayai suspek kes berkenaan, bersembunyi tidak jauh dari lokasi penemuan mayat mangsa.

    Beliau berkata suspek didapati cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke HSJ untuk rawatan. Katanya suspek akan direman selepas selesai rawatan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

    Sementara itu, Shafee berkata pihaknya sedang mengesan dua lelaki menaiki dua motosikal dipercayai terlibat dalam kes tembak ke atas seorang lelaki di kawasan parkir sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Perai, Isnin lepas.

    Dalam kejadian pada 8:45 malam itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan maut ditembak lebih 10 das dan pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai 11 rekod jenayah serta dikehendaki polis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...