Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lelaki sembunyi di siling rumah dicekup

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Seorang lelaki warga asing ditahan ketika bersembunyi di atas siling sewaktu pemeriksaan Operasi Tumpas dijalankan di salah sebuah rumah persendirian di Mukim Tutong, pada pukul 9:10 pagi tadi.

    Siasatan lanjut mendapati bahawa lelaki berkenaan adalah tergolong daripada pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan, menurut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

    Seramai 12 orang tenaga pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIPK Kuala Belait dan Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh pegawai imigresen kanan telah terlibat menjalankan operasi tersebut.

    Menurut JIPK, lelaki tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah dan seterusnya dibawa ke pejabat untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Bab 55(4)(a)(b)(c) Akta Imigresen Penggal 17.

    Pemangku ketua Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK Kuala Belait dalam kenyataan tersebut mengingatkan para majikan agar patuh dan tidak melanggar sebarang akta dan peraturan imigresen serta memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan kerja-kerja seperti yang ditetapkan.

    Selain itu, ke arah aktiviti penguatkuasaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Belait) di mana sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    Lelaki warga asing ketika bersembunyi di siling rumah semasa pemeriksaan Operasi Tumpas, kelmarin. – Gambar serahan JIPK

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...