Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Letak kereta awam bukan milik pekedai

    Isu meletakkan papan tanda atau kon bagi menetapkan letak kereta di kawasan awam bukan satu perkara baharu yang dilakukan oleh sesetengah pekedai malah perkara ini sudah dikuatkuasakan oleh pihak relevan dan jika didapati bersalah, akan didenda.

    Namun, kini, isu ini seolah-olah berbangkit semula kerana sesetengah pekedai dengan bangganya meletakkan papan tanda atau kon di hadapan kedai mereka kononnya untuk pelanggan mereka sendiri dan lebih menyakitkan hati ditetapkan untuk milik persendirian.

    Unit penguatkuasaan relevan telah menetapkan hanya kereta bagi orang berkeperluan khas atau ruang punggah (Loading Bay) seperti yang dinyatakan dalam pelan permit bangunan dibolehkan untuk diletakkan papan tanda khas.

    Setahu saya, pihak relevan menetapkan zon punggah ini juga boleh saja dibina di bahagian belakang kedai dan bukannya di hadapan kedai yang biasanya dikhususkan untuk orang awam.

    Namun disebabkan kedegilan dan sikap mementingkan diri sendiri, membuat sesetengah pekedai tidak kisah dengan arahan yang dikuatkuasakan oleh pihak relevan.

    Bagaimanapun, pihak relevan diseru agar memantau dan menerima aduan daripada orang awam agar ia tidak berulang lagi.

    Syarif

    Pihak pekedai diseru meletakkan bahagian pemunggahan barangan (Loading Bay) di belakang bangunan dan bukannya di depan yang boleh menghalang lalu lintas.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...