Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lubnan lancar kempen vaksinasi taun

    BEIRUT, 13 NOV – Kempen vaksinasi nasional untuk menangani taun dilancarkan pada Sabtu di utara Lubnan, yang dilanda teruk oleh penyakit itu sejak beberapa minggu lalu, kementerian kesihatan mengumumkan dalam satu kenyataan.

    Kempen vaksinasi yang bermula pada waktu pagi di wilayah utara, Akkar, Bekaa dan Baalbek-Hermel, akan berlangsung tiga minggu dalam fasa pertama, menurut kenyataan kementerian itu, lapor Xinhua.

    Sebanyak 600,000 dos vaksin akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang, menurut laman sesawang berita tempatan L’Orient Today memetik Menteri Kesihatan sementara, Firass Abiad yang memantau kempen vaksinasi itu. Menteri juga menekankan mengenai perlunya untuk membersihkan sumber air secara serius. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...