Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    SoftBank kembali catat keuntungan AS$21 bilion

    TOKYO, 13 NOV – Pelabur teknologi Jepun, SoftBank Group Corp melaporkan keuntungan berjumlah 3 trilion yen (AS$21 bilion) untuk suku Julai hingga September, peningkatan mendadak berbanding kerugian yang dicatat setahun lalu.

    Selepas mengalami kerugian 398 bilion yen setahun sebelumnya, jualan suku meningkat kepada 1.6 trilion yen daripada 1.5 trilion yen.

    SoftBank Group cenderung mempunyai keputusan kewangan yang kompleks disebabkan ia melabur dalam pelbagai syarikat, dan harga saham mereka telah berubah baru-baru ini, bergantung pada pelbagai faktor global.

    Di antara faktor yang merangsang keputusannya adalah keuntungan daripada kontrak prabayar menggunakan saham Alibaba, pengurangan hutang dan keuntungan daripada pelaburan, kata SoftBank. Penyelesaian saham prabayar dalam firma e-dagang Alibaba sahaja telah mencatat keuntungan lebih daripada 4 trilion yen.

    SoftBank melabur dalam ratusan syarikat, termasuk pembekal perkhidmatan web Yahoo dan syarikat kenderaan untuk disewa Didi.

    Ia juga terlibat dalam Vision Fund yang termasuk pelabur global lain.

    Vision Fund Pertama mencatat keuntungan dalam beberapa pelaburan seperti Uber Technologies tetapi mengalami kerugian dalam pelaburan lain termasuk Door Dash.

    Sementara itu, Vision Fund Kedua mencatat kerugian disebabkan kemerosotan harga saham WeWork, kata SoftBank dalam kenyataan. – AP

    Seorang lelaki berjalan di depan kedai SoftBank di Tokyo. SoftBank melaporkan keuntungan berjumlah 3 trilion yen untuk suku Julai-September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...