Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Majlis tadarus terus semarak bulan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) bersama 13 buah persatuan yang bergabung dengannya telah meneruskan lagi majlis tadarus di salah sebuah kafe di Serusop, hari ini.

    Majlis berkenaan dipengerusikan Naib Yang Dipertua III MWNBD, Hajah Kertini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah yang juga Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP), Daerah Belait.

    Seramai 70 orang perwakilan dari persatuan-persatuan yang bergabung dengan MWNBD menghadiri majlis tersebut.

    Persatuan-persatuan yang terlibat terdiri daripada Persatuan Pertiwi, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Badan Kebajikan Isteri Pegawai-pegawai Kerajaan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Wanita (BISTARI), Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) dan Persatuan Kebajikan Perempuan(PKP).

    Turut menyertai majlis berkenaan adalah Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI), Persatuan Siswazah Wanita (PSW), Badan Kebajikan Wanita Perumahan Negara Lambak Kanan (BAKANITA), Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), Persatuan Kebajikan Gabungan Wanita Daerah Tutong, Persatuan Wanita Kampung Junjongan (PEWAJA) dan Persatuan Nurul Islam (PNI).

    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...