Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Masjid Sultan Sharif Ali adakan majlis khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Bagi mengimarahkan masjid, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali Sengkurong hari ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran buat julung kalinya bagi tahun 2023.

    Majlis khatam itu bertujuan menzahirkan kesyukuran selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran yang merupakan salah satu program takmir masjid tersebut tahun ini.

    Hadir di majlis itu ialah Pemangku Ketua Kampung Sengkurong ‘A’, Dr. Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman dan Pemangku Ketua Kampung Sengkurong ‘B’, Awang Abdul Razak bin Haji Ismail.

    Bertadarus Al-Quran meru-pakan ibadah yang dituntut dalam agama Islam, telah diadakan selepas sembahyang fardu Subuh berjemaah setiap hari di masjid itu.

    Majlis khatam telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti ayat-ayat lazim daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Imam Masjid Sharif Ali, Haji Manan bin Haji Osman.

    Kemudian, Haji Razali bin Haji Mahal mengepalai bacaan takhtim Al-Quran dan seterusnya membaca doa selamat.

    Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali dan peserta khatam.

    Antara tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
    Antara yang hadir di Majlis Khatam Al-Quran masjid berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...