Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mayat kanak-kanak ditemui di luar pulau Greece

    ATHENS, GREECE, 9 JAN – Mayat seorang kanak-kanak kecil ditemui dari Laut Aegean kelmarin, dua minggu selepas dua kemalangan maut di kawasan itu membabitkan bot yang dipenuhi dengan pendatang, kata pegawai pengawal pantai Greece.

    Mayat itu ditemui di luar pulau Naxos dan pihak berkuasa menganggarkan kelmarin bahawa mangsa, yang tingginya 33.5 inci, berusia kira-kira tiga tahun.

    Mayat akan dibawa ke bandar Piraeus, sebuah pelabuhan di ibu kota Athens, untuk pemeriksaan forensik.

    Pada Khamis lalu, empat lagi mayat milik seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui, tiga di Naxos dan satu di pulau Paros yang berhampiran.

    Pada 22 Disember lalu, 12 orang, kesemuanya dipercayai dari Iraq telah diselamatkan dari perahu kembung di luar Folegandros di selatan Cyclades, 180 kilometer tenggara Athens.

    Mayat tiga lelaki tidak dikenali ditemui dari laut. Mereka yang terselamat dalam kejadian tersebut berkata bahawa sekurang-kurangnya 17 yang lain hilang.

    Dua hari kemudian, 41 orang diselamatkan selepas bot layar yang membawa kira-kira 80 pendatang terbalik ke barat laut Paros.

    Memandangkan Greece telah mengetatkan rondaan di luar pulau Aegean timurnya, berhampiran dengan pantai Turki, penyeludup yang berpangkalan di Turki telah memenuhkan kapal layar dengan pendatang dan pelarian, kemudian menghantarnya ke Itali. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...