Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Modi dijangka menang besar dalam pilihan raya negeri

    LUCKNOW, 10 MAC – Seorang sami dan penyokong fahaman nasionalisme Hindu hari ini dijangka mengekalkan kuasa di negeri dengan paling ramai penduduk di India, lapor media tempatan, dalam kemenangan untuk parti pemerintah Perdana Menteri Narendra Modi.

    Ramalan oleh media berdasarkan pengiraan undi awal menunjukkan Parti Bharatiya Janata berada dalam keadaan selesa untuk meraih majoriti berikutan pilihan raya di Uttar Pradesh, tempat tinggal kepada lebih 200 juta penduduk.

    Kemenangan di negeri yang mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Brazil akan memperkukuh lagi peluang pemimpin BJP tempatan Yogi Adityanath untuk mengganti Modi sebagai perdana menteri demokrasi terbesar dunia.

    Uttar Pradesh ialah negeri paling penting di antara lima rantau yang telah mengadakan pilihan raya dalam beberapa minggu ini.

    Ia menghantar paling ramai ahli parlimen menyertai parlimen negara dan telah menjadi pangkalan asas kebanyakan perdana menteri India.

    Kemenangan itu merupakan ‘sokongan besar terhadap politik yang agresif yang telah dilaksanakan beliau,’ beritahu penulis biografi dan Modi dan wartawan Nilanjan Mukhopadhyay kepada AFP.

    BJP juga diramalkan mengekal kuasa di Uttarakhand, Manipur dan negeri pantai Goa, walaupun perlumbaan di sana adalah sengit.

    Parti pembangkang Kongres nampaknya telah kehilangan negeri Punjab di utara kepada parti sayap kiri Parti Aam Aadmi – yang juga memerintah ibu negara New Delhi – dalam tamparan hebat kepada parti yang berpengaruh dinasti Gandhi satu ketika dulu. – AFP

    Perdana Menteri India Narendra Modi melambai kepada penyokong semasa perarakan sebelum fasa ketujuh pilihan raya negeri Uttar Pradesh di Varanasi baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...