Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    M’sia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat

    KUALA LUMPUR, 12 OGOS – Malaysia sedang mengkaji pendekatan sesuai bagi melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang 2025, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. 

    Beliau berkata  pembangunan polisi berkenaan adalah penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan menerusi pelbagai komponen dan bahan yang masih boleh diguna pakai agar tidak sekadar menjadi bahan buangan yang sia-sia. 

    “Lambakan kenderaan usang sehingga menjadi punca wabak denggi, dipercayai berlaku kerana masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan penekanan diberikan kepada kaedah pelupusan yang tepat,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman  (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mewakili Konsortium Penyelidikan ELV dan Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA). 

    Menurut Dr Adham, dalam merangka pelan hala tuju ELV yang sesuai, Malaysia melihat kepada Singapura dan Jepun yang telah mempunyai kepakaran dalam pengitaran semula ELV. 

    Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan, beliau berkata 70 peratus barang dileraikan dari ELV boleh dieksport ke negara lain, dan industri ini berpotensi mencecah RM10 bilion.

    Katanya, berdasarkan data Kementerian Pengangkutan sehingga Mei 2022, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia adalah 33 juta, dengan 19 juta daripadanya adalah kenderaan berusia 10 tahun ke atas. 

    Mengenai MoU yang ditandatangani hari ini, Dr Adham berkata Konsortium Penyelidikan ELV yang melibatkan tiga universiti iaitu UTM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bekerjasama dengan pihak industri iaitu MAARA dalam menyelesaikan permasalahan kenderaan akhir hayat secara mengitar semula bahan komponen ELV atau mengolah satu produk lain. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknolologi Malaysia dengan Malaysia Automotive Recyclers Association di UTM Kampus Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...