Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Muscat tidak gentar ancaman Iniesta

    SAITAMA, 17 OGOS – Pengurus Yokohama F Marinos, Kevin Muscat hari ini berkata pasukannya tidak gentar dengan Andres Iniesta apabila mereka bertemu Vissel Kobe di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia, esok.

    Pendahulu J-League, Yokohama akan berentap dengan Kobe dengan kejohanan kelab terhebat Asia di sambung semula dengan rantau Timur bermain keseluruhan pusingan kalah mati di bandar Saitama, Jepun.

    Kobe menyasarkan untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama dan telah menghimpunkan pemain bintang dan diterajui oleh pemenang Piala Dunia dan bekas pemain Barcelona itu.

    Tetapi Yokohama ketika ini berada di prestasi terbaik di J-League dan Muscat berkata dia tidak risau dengan pengaruh Iniesta ketika kedua-dua pasukan Jepun itu bersedia untuk bertemu di kejohanan tersebut.

    “Dia jelas sekali mempunyai karier yang menyinar dan dia bukan sahaja Iniesta – mereka mempunyai beberapa pemain individu yang bagus dan sama seperti kami, jadi ini boleh menjadi penentu perlawanan,” kata pengendali kelahiran Australia itu.

    “Kami belum melakukan sebarang persediaan atau sesatu yang berbeza untuk pemain individu. Kami memilih untuk fokus secara kolektif.”

    Perkembangan pasukan Kobe di Liga Juara-Juara jauh berbeza daripada prestasi mereka di J-League, di mana mereka berada di kedudukan tiga tercorot dengan dua pertiga musim sudah berlalu.

    Pengurus Kobe ketika ini, Takayuki Yoshida – pengurus ketiga pasukan pada musim ini – berkata Iniesta besar kemungkinan bermain menentang Yokohama selepas pulih daripada kecederaan. – AFP

    Aksi Andres Iniesta semasa bermain di final Emperor’s Cup 1 Januari 2020. Kevin Muscat berkata Yokohama tidak gentar dengan Andres Iniesta apabila mereka bertemu Vissel Kobe di pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...