Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Negara Pasifik tolak pakatan keselamatan China

    SUVA, FIJI, 30 MEI – Sepuluh negara kepulauan Pasifik menolak tekanan China untuk pakatan keselamatan serantau hari ini, di tengah-tengah kebimbangan cadangan itu direka untuk menarik mereka masuk ke ‘orbit Beijing’.

    Rundingan di Fiji antara Menteri Luar China, Wang Yi dan para pemimpin dari negara-negara kepulauan kecil gagal mencapai satu persetujuan, dalam kegagalan diplomatik berprofil tinggi bagi Beijing.

    China menawarkan untuk meningkatkan aktivitinya di Pasifik Selatan, secara tidak langsung mencabar pengaruh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya di rantau penting tersebut.

    Pakatan yang diusulkan itu akan menyaksikan Beijing melatih polis di pulau Pasifik, melibatkannya dalam sekuriti keselamatan, meluaskan hubungan politik, menjalankan pemetaan marin yang sensitif dan meraih akses besar kepada sumber asli di darat dan lautannya.

    Sebagai satu tarikan, Beijing menawarkan jutaan dolar dalam bantuan kewangan, prospek persetujuan perdagangan bebas pulau-pulau Pasifik-China yang berpotensi mewah dan akses kepada pasaran besar China seramai 1.4 bilion orang.

    Di sebalik tabir, para pemimpin Pasifik menyuarakan keraguan tentang tawaran tersebut.

    Dalam surat baru-baru ini kepada rakan pemimpin, David Panuelo, Presiden Negeri-negeri Persekutuan Mikronesia, memberi amaran yang tawaran itu nampak ‘kurang jujur’ dan akan ‘memastikan pengaruh China dalam kerajaan’ dan ‘kawalan ekonomi’ terhadap industri-industri penting. – AFP

    Wang Yi (tengah) selepas mengakhiri sidang media bersama dengan Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama di bandar Suva, Fiji. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...