Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Netcom lancar Dell Inspiron baharu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Sebagai pengedar Dell yang berdaftar di Brunei, Netcom Computer House hari ini menganjurkan pelancaran siri komputer riba Dell Inspiron baharu.

    Hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Urusan Netcom, Vincent Goh dan Jackie Lim.

    Antara komputer riba yang dilancarkan ialah pemproses Intel 12th Gen terbaharu yang datang bersama reka bentuk Hybrid Architecture baharu, sekali gus memberikan prestasi, kelajuan dan hayat bateri yang lebih baik.

    Model dengan pemproses Intel Gen-12 terbaharu termasuk Dell Inspiron 7000 series dan Dell Inspiron 5000 series yang datang bersama skrin lebih besar, FHD+ yang lebih menarik, touchpad lebih besar, papan kekunci bercahaya, webcam HD penuh dan speaker dengan gelombang MaxxAudio Pro untuk audio lebih baik.

    Sempena pelancaran, jualan istimewa untuk model Dell Intel 12th Gen diadakan di
    seluruh negara di semua kedai yang berdaftar.

    Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Netcom Computer House, melayari Instagram atau membeli-belah dalam talian menerusi laman web mereka.

    Vincent Goh dan Jackie Lim bergambar bersama produk Dell Inspiron yang dilancarkan baru-baru ini. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...