Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nia Ramadhani dijatuhi hukuman penjara 1 tahun

    Kes penyalahgunaan dadah membabitkan pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya iaitu Ardi Bakrie berakhir apabila pasangan ini dijatuhkan hukuman penjara setahun.

    Menurut laporan Kapanlagi, hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim diketuai Ketua Hakim Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat baru-baru ini.

    Mendengar hukuman itu, Nia dilihat tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.

    Berdasarkan foto yang dirakam media, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini kelihatan sugul dan matanya sembab ketika keluar daripada mahkamah.

    Nia yang mengenakan kemeja putih bersama blazer hijau hanya berlalu pergi dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh media.

    Nia Ramadhani, suami dan juga pemandu peribadinya sebelum ini sempat menjalani pemulihan di pusat pemulihan Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat. – Agensi

    Pasangan ini dikawal ketat oleh pengawal yang menjaga sepanjang laluan keluar dan meninggalkan mahkamah menaiki kenderaan berwarna putih.

    Sebelum ini, Nia, Ardi, dan pemandu peribadi mereka telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan.

    Namun, mereka hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

    Pada Julai 2021, pemandu peribadinya iaitu Zen Vivanto telah ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

    Penangkapan itu turut membawa kepada penahanan Nia yang ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti melibatkan penggunaan syabu.

    Tidak lama kemudian, suaminya pula datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...