Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nike batal perjanjian Greenwood

    LONDON, 8 FEB – Syarikat gergasi pakaian sukan AS, Nike berkata kelmarin ia telah menamatkan perjanjian sokongannya dengan penyerang Manchester United, Mason Greenwood berikutan penahanannya kerana disyaki merogol.

    Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin minggu lalu selepas disoal siasat berhubung dakwaan merogol dan menyerang seorang wanita muda.

    Lelaki berusia 20 tahun itu telah ditangkap selepas imej dan video disiarkan dalam talian dan semasa dalam tahanan, dia terus ditangkap kerana disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan untuk membunuh.

    United telah menggantung Greenwood daripada perlawanan atau berlatih dengan kelab itu sehingga diberitahu kelak.

    Nike minggu lepas mengeluarkan satu kenyataan mengatakan ia ‘sangat prihatin dengan dakwaan yang membimbangkan itu dan akan terus memantau keadaan dengan teliti.’
    Ia kini mengesahkan Greenwood tidak lagi disokong oleh syarikat itu.

    “Mason Greenwood bukan lagi seorang atlet Nike,” kata firma itu dalam satu kenyataan.

    United telah mengeluarkan semua barangan Greenwood dari laman sesawang mereka, dengan namanya tidak terdapat dalam senarai bawah nama pemain untuk replika baju.

    Beberapa penaja telah bertindak balas dengan menjauhkan diri mereka daripada pemain itu.

    Polis Greater Manchester tidak menamakan pemain bola sepak minggu lalu tetapi berkata: “Seorang lelaki berusia 20 tahun yang ditahan pada Ahad lalu, 30 Januari 2022 kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita muda telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut.” – AFP

    Nike telah menamatkan perjanjian sokongannya dengan Mason Greenwood berikutan penahanannya kerana disyaki merogol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...