Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Nikmati pengalaman di Piala Dunia

    DOHA, 20 NOV – Pengurus pasukan Qatar, Felix Sanchez menyifatkan perlawanan menentang Ecuador pada pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 sebagai ‘bersejarah’, lapor Xinhua.

    Perlawanan itu membuka tirai kejohanan Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Timur Tengah yang bakal berlangsung di Stadium Al Bayt dengan kapasiti 60,000 tempat duduk – antara lapan venue yang dibina atau diubah suai untuk kejohanan itu.

    “Ia adalah hari yang sangat penting bagi kami. Detik bersejarah, detik kebahagiaan untuk kami.

    “Hari yang luar biasa. Kami telah melakukan pelbagai usaha bagi menjayakan Piala Dunia ini dan telah melabur begitu banyak.

    “Saya harap ia akan menjadi acara yang hebat dan kita boleh menikmati perlawanan bola sepak dan semua orang dari seluruh pelosok dunia dapat menikmati pengalaman ini,” kata Sanchez pada sidang media di sini pada Sabtu.

    Qatar yang menduduki tangga ke-50 dunia kali pertama beraksi dalam Piala Dunia dan penampilan keempat bagi Ecuador yang menduduki tempat ke-44. – Bernama

    Sanchez berharap semua orang dari seluruh pelosok dunia dapat menikmati Piala Dunia Qatar. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...