Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Notis kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah

    KUALA LUMPUR, 16 NOV – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.

    JPS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 petang tadi memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS Malaysia.

    Menurut kenyataan itu terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan yang signifikan berlaku dalam tempoh 24 jam daripada waktu notis dikeluarkan.

    JPS memaklumkan di Sabah, kawasan yang terlibat adalah di daerah Beaufort melibatkan Kampung Gadong, Kampung Kuridak, Kampung Garama, Kampung Lawa, Kampung Lago Gumarit, Kampung Suasa, Kampung Kukop, Kampung Bangkalalak, Kampung Jabang dan Kampung Berumbai.

    Turut terlibat di daerah itu ialah Kampung Mentulud, Kampung Kebajang Gumarit, Kampung Kebajang Laut, Kampung Mantau Kebajang, Kampung Gilila Jaya, Kampung Lago, Kampung Teratak, Kampung Kebajang Ulu, Kampung Kukut Padas Damit, Kampung Kratak Padas Damit, Kampung Shabandar Padas Damit, Kampung Pekan Padas Damit, Kampung Bintuka, Kampung Lukut Gadong serta kawasan sekitarnya. Di daerah Penampang pula melibatkan Kampung Kolopis serta kawasan sekitarnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...