Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Omicron sembuh tiga hari lebih awal berbanding Delta

    PARIS, 8 APRIL – Individu yang dijangkiti varian Omicron yang sudah divaksin dan menerima dos penggalak COVID akan sembuh tiga hari lebih awal berbanding mereka yang dijangkiti varian Delta, menurut satu kajian hari ini.

    Kajian itu turut mendapati individu yang terkena Omicron kurang kemungkinan untuk hilang deria rasa.

    Kajian itu dilakukan ke atas lebih 63,000 individu yang divaksin berumur 19 hingga 99 tahun yang melaporkan sendiri simptom mereka antara Jun 2021 dan Januari 2022.

    Bagi mereka yang menerima dua vaksin bersama dos penggalak, simptom Omicron yang dialami kekal selama 4.4 hari berbanding 7.7 hari bagi Delta, iaitu perbezaan 3.3 hari.

    Mereka yang menerima vaksin tanpa dos penggalak pula pulih dalam tempoh 8.3 hari berbanding 9.6 hari untuk Delta.

    Pesakit Omicron berdepan risiko tinggi iaitu 55 peratus untuk terkena sakit tekak dan 24 peratus mengalami suara serak.

    Menurut laporan yang diterbitkan jurnal perubatan Lancet, tempoh pemulihan lebih cepat mencadangkan bahawa kadar jangkitan adalah pendek dan ia mampu mempengaruhi dasar kesihatan di tempat kerja dan panduan kesihatan awam.

    Kajian itu akan dibentangkan di Kongres Eropah bagi Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit di Lisbon, Portugal.

    Ia juga mendapati hanya 17 peratus daripada mereka yang dijangkiti Omicron hilang deria bau berbanding 53 peratus bagi Delta.

    Bagaimanapun, pesakit Omicron berdepan risiko tinggi iaitu 55 peratus untuk terkena sakit tekak dan 24 peratus mengalami suara serak.

    Risiko itu turut mendapati 25 peratus pesakit Omicron kurang berkemungkinan untuk dimasukkan ke hospital.

    Walaupun kajian itu merangkumi tempoh sebelum varian Omicron BA.2 melanda dunia, data terkini daripada aplikasi menunjukkan tiada perubahan dalam simptom BA.2 berbanding BA.1 – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...