Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: 2 kompaun dikeluarkan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Dua pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, satu daripada pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.

    Manakala satu lagi pelanggaran arahan adalah bagi kesalahan tidak mempunyai aplikasi BruHealth, tambah Yang Berhormat Dato semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Para pesalah, menurut Yang Berhormat Dato, telah pun dikeluarkan denda kompaun dengan kedua-dua kesalahan tersebut telah didapati di Daerah Brunei dan Muara.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...