Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pasaran Asia risau ekonomi merosot

    HONG KONG, 1 JULAI – Pasaran Asia bergelut sekali lagi pada hari ini berikutan dengan penjualan di Wall Street yang disebabkan oleh kekhuatiran akan berlakunya kemerosotan dalam ekonomi, dengan amaran merudumnya ekonomi global ketika beberapa bank pusat berusaha untuk menyekat peningkatan inflasi.

    Data bagi pengguna Amerika Syarikat (AS), tulang belakang bagi ekonomi dunia – menunjukkan peningkatan dalam perbelanjaan yang menjejaskan ekuiti kelmarin, dengan S&P 500 Januari hingga Jun paling teruk terjejas sejak 1970.

    Ketika peperangan di Ukraine masih lagi berterusan, menyebabkan harga bekalan tenaga semakin tinggi, di mana ia dijangka akan meningkatkan lagi harga pinjaman dan menyebabkan ekonomi merosot. Selepas kemerosotan besar-besaran di Asia kelmarin, pasaran berusaha untuk pulih tetapi dengan hanya sedikit keyakinan.

    Tokyo, Shanghai, Seoul, Taipei dan Bangkok, kesemua pasaran mereka merudum manakala Sydney, Singapura, Manila dan Jakarta hanya meraih sedikit keuntungan.

    Selain itu, pasaran Hong Kong ditutup kerana hari cuti.

    Kerugian yang dialami di seluruh pasaran dunia pada minggu ini selepas kemerosotan pada minggu lalu dengan harapan bahawa kemajuan dalam ekonomi dan tanda-tanda kemerosotan akan menggerakkan langkah agar bank-bank pusat dapat membantu menanganinya.

    Walau bagaimanapun, menurut ketua tertinggi bahagian kewangan, ter-masuk ketua rizab persekutuan, Jerome Powell, mereka sanggup bertahan dengan penguncupan tersebut jika mereka dapat mengawal harga – yang mana tahap peningkatan harga adalah yang terpantas pernah berlaku dalam 40 tahun.

    Sementara itu, pakar strategik pasaran, Louis Navellier berpendapat ekonomi sekarang tidaklah seteruk seperti yang dikhuatiri. – AFP

    Pasaran Asia bergelut berikutan dengan penjualan di Wall Street yang disebabkan oleh kekhuatiran dengan terjadinya kemerosotan dalam ekonomi. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...