Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Rebut fadilat berkorban

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Ibadah korban pada bulan Zulhijah itu boleh berperanan sebagai platform bagi seseorang menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah, atas nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

    “Pada bulan ini juga, umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan disunatkan untuk mendirikan sembahyang Sunat Aidiladha dan seterusnya melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau atau kambing bagi yang berkemampuan pada waktu yang tertentu,” kata khatib dalam khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Ibadah Korban: Mendidik Keluruhan Jiwa’.

    Menurutnya lagi, hukum melakukan ibadah korban itu adalah sunat muakadah iaitu sunat yang dituntut.

    Manakala bagi orang yang berkemampuan untuk melakukan ibadah korban, peluang yang tidak ternilai dan datang beberapa hari dalam setahun pada bulan Zulhijah itu tidak wajar diabaikan dan dilepaskan begitu saja.

    Katanya lagi, “Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW juga ada menyebutkan fadilat dan kelebihan berkorban, antaranya darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah.

    “Binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, bulu dan kukunya, Allah akan memberikan pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi,” ujarnya.

    Fadilat berkorban itu, tambahnya, sudah menggambarkan betapa beruntungnya orang yang berkorban kerana harta yang dibelanjakan untuk ibadah korban itu akan mendapat pulangan yang besar berupa kebaikan di dunia dan di akhirat.

    Hikmat yang terdapat dalam perlaksanaan ibadah korban bukan hanya dikecapi oleh pihak yang berkorban tapi jua bagi pihak yang diagih-agihkan daging korban tersebut antaranya golongan fakir dan miskin.

    “Jelas pada kita ibadah korban yang dilaksanakan itu, selain ia satu ibadah yang menghasilkan ganjaran pahala ia juga adalah medan tarbiah dalam membentuk sifat mahmudah dan nilai Islam yang luhur dalam diri seseorang,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...