Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pegang kukuh adat resam, pertahankan budaya

    LABUAN, 15 MEI – Etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) khususnya generasi muda diseru terus memperkukuh adat resam serta mempertahan kebudayaan agar tidak tenggelam ditelan zaman.

    Naib Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata masyarakat KDMR memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam mempertahankan budaya unik mereka.

    “Mempertahankan adat resam dan kebudayaan sesuatu kaum adalah tanggungjawab masyarakat itu sendiri… mewarisi tradisi kaum terdahulu kita bukan bermakna kita masih berada di takuk yang lama.

    “Kita seharusnya berbangga dengan kebudayaan kaum sendiri yang mampu mengangkat kita bersama dan berjaya dałam pelbagai bidang.

    “Ingatlah perpaduan dan keharmonian dapat dipupuk melalui pegangan adat resam dan budaya,” katanya ketika merasmikan sambutan Kaamatan Peringkat KDCA Cawangan Labuan 2022 di Padang Majal, Pohon Batu disini hari ini.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah III itu berkata usaha mengekalkan adat resam kaum KDMR di Labuan yang masih giat dilaksana mampu mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum di pulau bebas cukai tersebut.

    “Dengan adanya penubuhan Jawatankuasa Induk KDCA Labuan yang menjadi penggerak aktiviti KDMR dan juga sebagai penghubung kepada KDCA Hongkod Koisaan di Sabah, saya yakin budaya dan kebiasaan (koubasanan) amalan turun-temurun suku KDMR tidak akan dilupakan oleh generasi baharu,” katanya.

    Sambutan kali ini, yang bertema ‘Kaamatan Monunduan Do Winorun (Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadi) menekankan supaya alam sekitar perlu dijaga dan dilindungi agar keindahan semula jadi dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...