Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Pegawai BIBD terima Anugerah Kookaburra

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Ketua Hubungan Kerajaan dan Projek Khas di Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah telah menerima Anugerah Kookaburra pada Anugerah Alumni Terbaik Australia yang julung kali dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Brunei.

    BIBD menjelaskan, Anugerah Kookaburra mengiktiraf alumni universiti Australia dari Brunei berdasarkan sumbangan mereka kepada negara ini dan hubungan Australia-Brunei.

    Kategori anugerah khusus itu juga dikenali sebagai anugerah ‘Pilihan Rakyat’, di mana orang ramai dijemput untuk mengundi calon yang disenarai pendek.

    Hampir 600 undi telah diberikan untuk 10 calon dan dipilih oleh panel pakar dengan Haji Mohammad Yusri memperoleh 32 peratus undi.

    Haji Mohammad Yusri dipetik melahirkan perasaan berbesar hati menerima anugerah tersebut selain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Australia di Brunei atas penganjuran anugerah berkenaan, serta semua orang awam yang turut mengundi.

    Beliau telah berkhidmat dengan BIBD lebih 10 tahun dan kini beliau mengetuai Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas selain menjadi tumpuan utama bank untuk kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam sektor kerajaan.

    Haji Mohammad Yusri semasa menerima Anugerah Kookaburra. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...