Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pelaburan solar mengatasi minyak – IEA

    PARIS, 25 MEI – Pelaburan dalam tenaga solar dijangka mengatasi minyak buat kali pertama tahun ini setelah kadar perbelanjaan tenaga bersih mengatasi bahan api fosil, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam satu laporan hari ini.

    Walaupun itu adalah perkembangan yang dialu-alukan, IEA memberi amaran bahawa pelaburan dalam bahan api fosil sedang meningkat apabila ia sepatutnya merosot dengan pantas untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

    “Tenaga bersih bergerak pantas, lebih pantas daripada yang dibayangkan oleh ramai orang,” kata Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol dalam satu kenyataan yang mengiringi pengeluaran laporan terbaharu agensi itu mengenai pelaburan tenaga.

    “Ini jelas dalam trend pelaburan, di mana teknologi bersih semakin menjauh daripada bahan api fosil,” tambahnya.

    Pelaburan tahunan dalam tenaga bersih dijangka meningkat sebanyak 24 peratus dari 2021 kepada lebih daripada AS$1.7 trilion pada 2023, menurut IEA. Keuntungan untuk bahan api fosil adalah 15 peratus dalam tempoh yang sama.

    Pelaburan dalam tenaga bersih dan bahan api fosil adalah sama lima tahun lalu. Tetapi gabungan pelbagai faktor, khususnya harga minyak dan gas yang tinggi dan kebimbangan mengenai bekalan, telah menyaksikan perbelanjaan untuk tenaga boleh diperbaharui melonjak ke hadapan.

    “Satu contoh yang cemerlang ialah pelaburan dalam solar, yang dijangka akan mengatasi jumlah pelaburan yang masuk ke dalam pengeluaran minyak buat kali pertama,” kata Birol.

    IEA menjangkakan pelaburan dalam tenaga solar, terutamanya panel fotovoltaik, mencecah AS$380 bilion tahun ini, manakala pelaburan dalam penerokaan dan pengekstrakan minyak sepatutnya berjumlah AS$370 bilion. – AFP

    Pemandangan udara menunjukkan panel fotovoltaik di ladang solar berhampiran Thaxted, timur England, pada 16 Mei 2023. IEA kelmarin berkata pelaburan dalam tenaga solar dijangka mengatasi minyak buat kali pertama tahun ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...