Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pelajar JIS capai markah tinggi dalam pertandingan EducationPerfect

    Pelajar bahasa Perancis Tahun 7 hingga 13 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan dalam talian di seluruh dunia yang dianjurkan oleh EducationPerfect, sebuah platform pembelajaran yang membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai subjek termasuk bahasa.

    Pelajar yang terlibat telah menjawab 102,286 soalan sepanjang tiga hari dan berpeluang mempelajari perkataan baharu serta berseronok bersaing dengan rakan sebaya mereka dari negara lain di seluruh dunia.

    Pelajar Tahun 11 dan 9, Rodion Rakhimzyanov dan Tom Richmond mencapai Elite Status, mendahului JIS dengan markah dan kedudukan tertinggi, masing-masing ke-24 dan ke-29, antara 9,626 pelajar lain yang mengambil bahagian di seluruh dunia.

    Pelbagai hadiah telah dianugerahkan kepada pelajar terbaik JIS dalam pertandingan berkenaan bagi meraikan penglibatan yang begitu hebat.

    JIS telah mendapat tempat ke-11 untuk bahasa Perancis menentang 70 sekolah lain, beberapa daripadanya mempunyai sebanyak 16 kali lebih ramai pelajar yang terlibat.

    Jika dibandingkan dengan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang sama, JIS mendapat kedudukan ke-3 cemerlang daripada 19 sekolah. Manakala dalam bahasa Sepanyol, JIS mendapat tempat ke-7 daripada 18 sekolah.

    Ketua Bahasa Eropah, Philippe Poulain (kiri) dan Pengetua JIS, Nicholas Sheehan (kanan) menyampaikan sijil kepada Rodion Rakhimzyanov dan Tom Richmond kerana mencapai Elite Status, mendahului JIS dengan markah dan kedudukan tertinggi dalam pertandingan itu. – Gambar serahan JIS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...