Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pelaksanaan SOP di sempadan diteruskan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Melihat kepada kes import yang semakin meningkat, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat di pintu masuk negara terus diteliti dan penelitian ini bukan dilakukan seminggu atau dua minggu malah ia secara berterusan dipantau semasa gelombang kedua ini.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Sebelum ini, kita telah merasakan sekatan boleh dilonggarkan tetapi disebabkan Omicron dan nampaknya kes di negara lain pun meningkat, perkara ini diteliti semula dan dengan mengekalkan SOP yang ada sebelum ini.

    “Dalam usaha mengawal penularan wabak ini, kerjasama dan tanggungjawab semua
    pihak adalah penting,” tegasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...