Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pelbagai aktiviti cuti sekolah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bersempena dengan cuti penggal pertama persekolahan, Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (EIC) menganjurkan aktiviti keusahawanan dan inovasi, EIC-Tivities (April School Holiday) untuk semua peringkat pelajar.

    Ia juga dibukakan kepada orang ramai terutama kepada para ibu bapa dan penjaga serta guru yang berminat untuk mengikuti aktiviti berkenaan, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan.

    EIC-Tivities kali ini, bertemakan ‘Kesedaran mengenai Keusahawanan dan Inovasi’, telah bermula pada 21 April lalu dan akan berakhir pada 30 April di mana sebanyak 22 aktiviti iaitu 11 kategori keusahawanan dan 11 kategori inovasi disediakan secara dalam talian menggunakan pelbagai platform seperti Wordwall, Kahoot!, Zoom dan Instagram.

    Bagi keterangan lanjut, layari laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn atau media sosial EIC, @eic_moe atau hubungi pihak EIC melalui e-mel di eic@moe.gov.bn
    atau talian 8662022 semasa waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...