Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pembantah gesa tindakan keras dihentikan

    COLOMBO, 9 OGOS – Ratusan penduduk Sri Lanka hari ini mengadakan perhimpunan menentang tindakan keras kerajaan dan menggunakan undang-undang darurat terhadap bantahan aman yang meminta penjelasan mengenai krisis ekonomi terburuk negara itu.

    Pembantah yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin keagamaan dan kesatuan sekerja berarak ke Dataran Merdeka di Colombo dan menuntut beberapa permintaan kepada kerajaan termasuk menarik semula undang-undang darurat, menamatkan penahanan tunjuk perasaan aman, segera membubarkan parlimen dan meringankan beban orang yang dalam kesusahan dan kekurangan bekalan asasi.

    Bantahan selama empat bulan mereda bulan lalu apabila bekas presiden, Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan selepas kediaman rasminya dan pejabat-pejabat kerajaan diserbu.

    Sementara itu Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Mei dan empat lagi ahli keluarganya meletak jawatan sebagai menteri.

    Para pembantah menuduh keluarga Rajapaksa telah menyebabkan negara itu terheret dalam krisis kerana salah pengurusan dan rasuah.

    Sementara itu, selepas dilantik, Wickremesinghe telah memberikan kebenaran kepada polis dan tentera untuk menggunakan kekerasan bagi memusnahkan khemah penunjuk perasaan dan menahan mereka yang dikenal pasti menceroboh istana presiden dan bangunan kerajaan lainnya. – AP

    Para pembantah menggesa tindakan keras terhadap penunjuk perasaan aman untuk dihentikan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...