Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Pemberontakan di penjara Ecuador sudah reda

    GUAYAQUIL, 28 MAC – Pihak berkuasa di Ecuador berjaya meredakan pemberontakan di penjara kelmarin di bandar pelabuhan Guayaquil di kemudahan yang sama di mana salah seorang ketua kumpulan paling digeruni negara itu melarikan diri pada Januari.

    “Pihak kami berjaya mengukuhkan kembali kawalan” ke atas penjara, kata Presiden Daniel Noboa semalam dalam satu catatan di platform media sosial X.

    Noboa mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan ‘atas keberanian, profesional dan penempatan berskala besar mereka’ yang ‘meneutralkan pemberontakan sebelum kemungkinan bertambah teruk’.

    ‘Pemberontakan dalaman’ dimulakan oleh sekumpulan banduan, kata perkhidmatan penjara SNAI pada X.

    Wartawan AFP mendengar bunyi tembakan datang dari penjara, yang merupakan sebahagian daripada kompleks penjara yang luas di barat daya Guayaquil di mana ketua geng narkotik yang berkuasa, Adolfo ‘Fito’ Macias yang melarikan diri pada 7 Januari dan kini masih dalam pelarian.

    Dia telah dipenjarakan sejak 2011, menjalani hukuman 34 tahun kerana jenayah terancang, pengedaran dadah dan pembunuhan.

    Pelariannya mencetuskan pemberontakan di penjara Ecuador dan keganasan kumpulan di jalanan.

    Noboa mengisytiharkan keadaan darurat untuk memulihkan keadaan dan menyatakan negara itu ‘berperang’ dengan kumpulan samseng, dengan mengerahkan lebih 20,000 tentera. – AFP

    Anggota polis dan tentera mengambil bahagian dalam operasi bersama di kejiranan Socio Vivienda di Guayaquil, Ecuador pada 26 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...