Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Siklon Gamane badai Madagascar, 11 maut

    ANTANANARIVO, 28 MAC – Siklon yang bergerak perlahan dan tiba-tiba berubah arah menuju Madagascar telah membunuh 11 orang di negara pulau itu, dengan angin kencang menumbangkan pokok dan banjir menghanyutkan beberapa buah rumah kelmarin, kata pegawai.

    Siklon Gamane sepatutnya hanya melintasi pulau yang terletak di Lautan Hindi di timur Afrika selatan, tetapi ia mengubah haluan dan mendarat di kawasan utara semalam, kata pejabat pengurusan bencana kebangsaan, BNGRC pada awal pagi tadi.

    Enam orang telah lemas dan lima yang lain maut akibat rumah yang runtuh atau pokok tumbang, kata pihak berkuasa sambil menambah kira-kira 7,000 orang di pulau itu terjejas akibat ribut itu.

    Siklon bergerak perlahan sekali gus memberikan kesan pemusnahan yang dahsyat.

    Imej video menunjukkan air yang deras mengalir melalui kampung dan orang ramai membentuk rangkaian manusia di dalam air setinggi paras pinggang cuba membantu mereka yang terperangkap di rumah mereka menyelamatkan diri daripada banjir.

    Banyak laluan dan jambatan yang ditenggelami air terjejas.

    “Jarang ada taufan seperti ini. Ia seolah-olah tidak bergerak,” beritahu Jeneral Elack Andriakaja, Ketua Pengarah BNRGC, kepada AFP.

    “Apabila sistem berhenti di satu tempat, ia memusnahkan semua infrastruktur. Dan ia membawa akibat yang serius kepada penduduk serta banjir yang besar,” tambahnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...